Thursday 29 December 2011

RESULT oh RESULT

OKAY , Assalamualaikum , ada orang tak ? kalau tak jawab dosa , kalau jawab tu tanda dia sayang la . HAHA ! *Just Kidding* firstly , tengok TITLE kat atas tu pon dah tahu aku nak cakap pasal ape kan ? Meh aku nak cerita kat korang semua . Pagi tu , pada 22/12/2011 . Tepat pukul 10.30 pagi , aku pon bertolak la ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor untuk amik result kan . Masa sampai kat sekolah tu , Aku tengok ramai kawan-2 yang berkumpul tepi dewan sekolah . Apa lagi , aku pon pergi lah dekat diorang . kitaorang saling bersalam-salaman sebab lama dah tak jumpa kan . Maklum la , dekat sebulan lebih tak jumpa . Masa yang terluang tu , kami berborak , bergurau , dan sampai ketawa sakan . Masa tu best sangat . Then , Ada kawan aku cakap aku makin berisi , HAHA , memang pon . Aku makan banyak kat rumah ^^ . Masa yang ditunggu - tunggu telah tiba . Tepat pukul 12 tengah hari , semua pelajar diminta masuk ke dalam Dewan Al-Ghazali . Ya Allah ! masa tu hanya tuhan saja yang tahu camne perasaan aku . Takut , risau , gementar dan cuak semua ada . Selepas berada dalam dewan buat masa yang lama . Cikgu Ghazali a.k.a Papa mengumumkan iaitu seramai 46 orang berjaya mendapat 9A . Apa lagi , mula lah riuh satu dewan . Then , nama-2 mereka yang berjaya peroleh 9A tu diumumkan . Best betul aku tengok diorang , mesti bangga kan dapat naik atas pentas ambik slip keputusan dan sijil . Selepas siap pembahagian slip tu , pelajar yang tidak berjaya peroleh 9A diminta untuk ke kaunter yang berada kat belakang untuk amik result . FUHH ! ramai gila yang serbu kaunter mase tu . Sampai berpusu-pusu . Ada kawan aku kena bayar hutang yang tertunggak baru lah dapat slip keputusan . Nasib baik la segala hutang yang tertunggak aku dah jelaskan . HEHE . Hurm , RESULT oh RESULT . buat pengetahuan korang semua , aku just dapat 4A 4B 1D je dalam PMR . So sad kan ? tapi aku redha dan tawakal je dengan keputusan tu . Maybe bukan rezeki aku kot . Tapi aku percaya Allah nak bagi yang lebih baik lagi di masa akan datang . By the way , aku mengaku , ini semua salah aku jugak . Masa aku form 3 , aku tak tumpukan perhatian sepenuhnya semasa cikgu mengajar . Kerja aku asyik main-2 je dalam kelas . Bila cikgu bagi homework , mula lah nak tangguhkan . Bila tiba je mase cikgu nak pungut homework , mula lah aku menggelabah tak tentu pasal . Macam-2 alasan yang aku bagi . Lepas terima result tu , Emak aku cakap " jadikan perkara ni sebagai pengajaran , lepas ni jangan malas lagi " . Lepas tu , aku berjanji yang aku akan menjadi lebih rajin lepas ni , aku tak mau dah jadi macam sebelum ni . Aku tak nak gagal ! Aku nak berjaya ! ''YA ALLAH , KAU BERIKANLAH AKU KEJAYAAN , JANGANLAH ENGKAU BERIKAN KEGAGALAN KEPADA HAMBAMU INI , KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERJAYA'' Amin Ya Rabal Alamin . Itu sajalah entry buat kali ini . Nanti kita jumpa lagi okay ? Assalamualaikum , BYE (^_^)

♥ Korang suka ? Follow je saya okay ♥

No comments:

Post a Comment

Semua Entry Yang Ditulis Adalah Hak Milik Saya