Thursday 29 December 2011

Kelebihan Hari jumaat

Assalamualaikum ~
haa , buat entry kali ni aku nak update pasal Kelebihan Hari jumaat , korang semua mesti tahu kan yang 30/12/2011 merupakan hari jumaat yang terakhir buat tahun 2011 . So , korang semua mesti dah tahu serba sedikit pasal hari Jumaat kan ? Biasanya , pada hari Jumaat Kaum Adam akan pergi ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat . Okay la , tanpa membuang masa lagi , cubalah korang baca info dibawah ni :


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi. Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah :
1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“
Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
Haa mesti korang dah baca semua tu kan . aku just share je . maybe setakat ni saje lah entry aku buat kali ni . nati kita jumpa lagi okay . Assalamualaikum , Bye (^_^)


♥ Korang suka ? Follow je saya okay ♥

RESULT oh RESULT

OKAY , Assalamualaikum , ada orang tak ? kalau tak jawab dosa , kalau jawab tu tanda dia sayang la . HAHA ! *Just Kidding* firstly , tengok TITLE kat atas tu pon dah tahu aku nak cakap pasal ape kan ? Meh aku nak cerita kat korang semua . Pagi tu , pada 22/12/2011 . Tepat pukul 10.30 pagi , aku pon bertolak la ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor untuk amik result kan . Masa sampai kat sekolah tu , Aku tengok ramai kawan-2 yang berkumpul tepi dewan sekolah . Apa lagi , aku pon pergi lah dekat diorang . kitaorang saling bersalam-salaman sebab lama dah tak jumpa kan . Maklum la , dekat sebulan lebih tak jumpa . Masa yang terluang tu , kami berborak , bergurau , dan sampai ketawa sakan . Masa tu best sangat . Then , Ada kawan aku cakap aku makin berisi , HAHA , memang pon . Aku makan banyak kat rumah ^^ . Masa yang ditunggu - tunggu telah tiba . Tepat pukul 12 tengah hari , semua pelajar diminta masuk ke dalam Dewan Al-Ghazali . Ya Allah ! masa tu hanya tuhan saja yang tahu camne perasaan aku . Takut , risau , gementar dan cuak semua ada . Selepas berada dalam dewan buat masa yang lama . Cikgu Ghazali a.k.a Papa mengumumkan iaitu seramai 46 orang berjaya mendapat 9A . Apa lagi , mula lah riuh satu dewan . Then , nama-2 mereka yang berjaya peroleh 9A tu diumumkan . Best betul aku tengok diorang , mesti bangga kan dapat naik atas pentas ambik slip keputusan dan sijil . Selepas siap pembahagian slip tu , pelajar yang tidak berjaya peroleh 9A diminta untuk ke kaunter yang berada kat belakang untuk amik result . FUHH ! ramai gila yang serbu kaunter mase tu . Sampai berpusu-pusu . Ada kawan aku kena bayar hutang yang tertunggak baru lah dapat slip keputusan . Nasib baik la segala hutang yang tertunggak aku dah jelaskan . HEHE . Hurm , RESULT oh RESULT . buat pengetahuan korang semua , aku just dapat 4A 4B 1D je dalam PMR . So sad kan ? tapi aku redha dan tawakal je dengan keputusan tu . Maybe bukan rezeki aku kot . Tapi aku percaya Allah nak bagi yang lebih baik lagi di masa akan datang . By the way , aku mengaku , ini semua salah aku jugak . Masa aku form 3 , aku tak tumpukan perhatian sepenuhnya semasa cikgu mengajar . Kerja aku asyik main-2 je dalam kelas . Bila cikgu bagi homework , mula lah nak tangguhkan . Bila tiba je mase cikgu nak pungut homework , mula lah aku menggelabah tak tentu pasal . Macam-2 alasan yang aku bagi . Lepas terima result tu , Emak aku cakap " jadikan perkara ni sebagai pengajaran , lepas ni jangan malas lagi " . Lepas tu , aku berjanji yang aku akan menjadi lebih rajin lepas ni , aku tak mau dah jadi macam sebelum ni . Aku tak nak gagal ! Aku nak berjaya ! ''YA ALLAH , KAU BERIKANLAH AKU KEJAYAAN , JANGANLAH ENGKAU BERIKAN KEGAGALAN KEPADA HAMBAMU INI , KUATKAN SEMANGATKU UNTUK TERUS BERJAYA'' Amin Ya Rabal Alamin . Itu sajalah entry buat kali ini . Nanti kita jumpa lagi okay ? Assalamualaikum , BYE (^_^)

♥ Korang suka ? Follow je saya okay ♥

Saturday 24 December 2011

ABOUT ME

Assalamualaikum , okay pada 24/12/2011 merupakan tarikh aku mula jejak ke dunia blog ni . So , mesti aku kena belajar lebih lagi pasal blog lepas ni kan . By the way , tengok tajuk atas tu pon dah tau pasal intro . aku tak nak keluar dari topik . firstly , nama penuh aku Mohamad Aiman Bin Mohamed . Tarikh lahir aku 8/5/1996 and umur aku 15 tahun (2011)  , stay kat Kelantan . Aku ada 7 adik beradik dan aku lah anak bongsu dalam keluarga ni , selalunya orang akan ingat anak bongsu tu manja . tapi bagi aku tak kot sebab aku tak manje pon . haha :)

                                                         


                                                        


mesti korang semua dah tengok gambar aku masa kecik tu kan . hee , good then .CUTE tak aku ? haha *perasan je aku kan ?*  itu sajalah aku nak kongsi dengan korang semua pasal aku . lain kali kalau aku update blog tu boleh la jenguk-2 tengok k ? thats all from me . see ya again :D
♥ Korang suka ? Follow je saya okay ♥

Semua Entry Yang Ditulis Adalah Hak Milik Saya