Thursday 29 December 2011

Kelebihan Hari jumaat

Assalamualaikum ~
haa , buat entry kali ni aku nak update pasal Kelebihan Hari jumaat , korang semua mesti tahu kan yang 30/12/2011 merupakan hari jumaat yang terakhir buat tahun 2011 . So , korang semua mesti dah tahu serba sedikit pasal hari Jumaat kan ? Biasanya , pada hari Jumaat Kaum Adam akan pergi ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat . Okay la , tanpa membuang masa lagi , cubalah korang baca info dibawah ni :


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi. Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah :
1. Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa
2. Nabi Yusuf dengan Zulaiha
3. Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib
4. Rasulullah saw dengan Khadijah
5. Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar
6. Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.“
Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
Haa mesti korang dah baca semua tu kan . aku just share je . maybe setakat ni saje lah entry aku buat kali ni . nati kita jumpa lagi okay . Assalamualaikum , Bye (^_^)


♥ Korang suka ? Follow je saya okay ♥

No comments:

Post a Comment

Semua Entry Yang Ditulis Adalah Hak Milik Saya